Saturday, June 26, 2010

MENGAPA DAJJAL?




Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam yang memberi nikmat yang tidak terhingga.. terutama nikmat iman dan islam yang kita kecapi..saat dan ketika ini..sesungguhnya tiada daya kuasa yang telah, sedang dan akan berlaku melainkan dengan ketentuan dariNya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda yang taat dan patuh dengan ajaran2 yang disampaikan baginda dan sanggup berjuang demi Islam hingga ke titisan darah yang terakhir. Sesungguhnya keredhaan Allah SWT itu meliputi mereka semua. Amiin..

Siapa Dajjal? Dan mengapa topik sebegini yang saya pilih? Hakikatnya, saya bukanlah sesiapa dan ilmu agama tidaklah setinggi mana..memang terlalu banyak kekurangan dalam diri ini..saya juga bukanlah penulis termahsyur apatah lagi tidak pernah pun dinobatkan sebagai penulis professional.. Namun begitu, entah mengapa sejak mula membaca buku2 berkisarkan tentang Dajjal dan Imam Mahdi, hati ini telah terbuka untuk menulis di blog ini.

Jujur saya katakan, segala penulisan saya ini banyak ditiru, diadaptasi dan ada yang bulat-bulat saya ambil (copy n paste) dari buku termahsyur "MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL" karya Muhammad Nurani Maarif dan "DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA" karya Muhammad Isa Dawud. Ternyata pembongkaran misteri Dajjal sangatlah luar biasa dan TAHNIAH saya ucapkan buat saudara Muhammad Nurani Maarif kerana hasil kajian yang menakjubkan dan ianya merupakan satu peringatan buat kita khasnya dan seluruh umat Islam amnya.. Tidak keterlaluan saya kira, adalah lebih baik anda sendiri mendapatkan buku karya Muhammad Nurani Maarif ini kerana selain isi kandungannya yang sangat baik, buku ini juga menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami terutama bagi "orang-orang " biasa seperti saya.

Kita kembali semula dengan persoalan MENGAPA DAJJAL? Apa motifnya tajuk ini yang saya pilih? Mengikut kata-kata Muhammad Nurani Maarif, beliau sering ditanya mengapa topik Dajjal ini yang menjadi keutamaan untuk ditulis dan dijadikan sebuah buku? Maka jawapannya..

"Saya sebenarnya turut rimas dengan keadaan ini, sehinggalah saya menemui sebuah buku yang di dalamnya tertulis kenyataan ini:

"Jika berita tentang Dajjal telah disampaikan melalui sumber mutawatir yang mahsyur dan bahawa salah satu tanda2 datangnya kiamat, maka merupakan suatu KEWAJIPAN bagi kita untuk menjelaskan masalah ini kepada manusia terutama kepada keluarga dan kerabat kita. As-Safarini Al-Hanbali berkata: "Merupakan suatu keharusan bagi orang alim untuk menyebarluaskan hadis tentang Dajjal diantara anak2, wanita dan lelaki."

"Imam Ibnu Majah berkata: "Aku mendengar Ath-Thanafsi berkata : "Aku mendengar Al-Muharibi-salah seorang ahli hadis berkata:"Merupakan suatu yang patut untuk dilakukan menyerahkan hadis tentang Dajjal ini kepada para pendidik sehingga mereka mengajarkannya kepada anak-anak di sekolah-sekolah."
Malahan Rasulullah SAW telah bersaba:
"Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam, yang melebihi fitnah Dajjal. Dan bahawasnya tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah yang tidak mengingatkan umatnya tentang Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir dan kamu dalah umat yang paliang akhir. Ingatlah tiak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti datang di kalangan kamu.."
Sabda baginda yang lain (Hadis Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu Umar RA):
"Rasulullah berdiri di hadapan orang ramai lalu memuji dan menyanjungi Allah sebagaimana biasa. Kemudian baginda menyebut-nyebut mengenai Dajjal, "Sungguh aku mengingatkan kamu semua agar berhati-hati terhadap Dajjal. Setiap nabi pasti akan mengingatkan kaumnya. Nabi Nuh AS telah mengingatkan kaumnya, akan tetapi akan aku beritahu kepada kamu semua tentang Dajjal yang belum pernah diberitahukan oleh seorang nabi pun kepada kaumnya. Kamu semua harus tahu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan bahawa Allah tidak buta sebelah mataNya."

Ya! Dajjal merupakan FITNAH TERBESAR di muka bumi ini. Munculnya menyebabkan kekucar-kaciran dunia. Kebimbangan Rasulullah SAW bukan sekadar atas keselamatan umatnya tetapi yang lebih penting adalah AQIDAH umatnya, kerana Dajjal akan zahir ke dunia dengan mengaku dia adalah Tuhan! Kerana itulah baginda bersabad".. bahawa Allah tidak buta sebelah mataNya." Ketahuilah bahawa Nabi bersifat amanah dan baginda menyampaikan berita yang didengarinya tanpa menokok tambah dan baginda menggunakan bahasa yang mudah, terang serta jelas untuk kita fahami bahawa Dajjal itu wujud dan kedatangannya adalah pasti!! (dengan keizinan Allah SWT)
Umat Islam perlu maklum akan masalah ini bahawa fitnah Dajjal adalah suatu hakikat yang perlu diterima. Umat Islam, pemimpin-pemimpin Islam, gerakan-gerakan dakwah dan seumpamanya perlu mengambil tahu tentang kewujudan Dajjal dan fitnah-fitnahnya.. Ini berkait dan sejajar dengan pesanan Rasulullah SAW: Bahawa kita sedang menghdapi fitnah yang PALING dahsyat yang disusun, direncana dan digerakkan dalam satu gelombang yang SUKAR difahami dan dikesan.
Maka samA-samalah kita berwaspada serta menyiapkan diri kita dalam menghAdapi Dajjal yang akan muncul dengan fitnah akhir yang terbesar iaitu dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan! Walaupun kita sedar ianya bukan semudah itu untuk berhadapan dengan fitnah tersebut.. namun kita tetap perlu mengmbil tahu siapa Dajjal dan apakah fitnah-fitnahnya sehingga membawa umat manusia menuju ke lembah kehancuran dan kehinaan.
Semoga kita, kaum keluarga kita, anak-anak kita, keturunan-keturunan kita yang akan datang ..termasuk di dalam golongan orang-orang yang kuat aqidah dan tauhidnya dan bukan shaja dijauhi malahan dapat menepis fitnah-fitnah Dajjal Laknatullah..
Amiin Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment