Saturday, June 26, 2010

SIAPA DAJJAL?






Gambar di atas sekadar bayangan ilustrasi.. adakah ini rupanya Dajjal??

Dari kecil, nama Dajjal tidak asing lagi di kalangan umat2 Islam. Pelbagai mitos dan versi yang menceritakan bagaimana rupa Dajjal.. dan apakah Dajjal itu manusia @ binatang @ raksasa @ syaitan @ jin?? Adakah Dajjal itu satu @ berbilang2 jumlahnya Semua menjadi persoalan yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Namun begitu apa yang pasti, Dajjal dan trademarknya BERMATA SATU itu merupakan sesuatu kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi..

Di bawah ini saya tunjukkan koleksi hadis Rasulullah yang menerangkan siapa Dajjal itu..
1. Riwayat Imam Ahmad:
"Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama 30 tahun tanpa melahirkan anak. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak lelaki yang buta matanya. Ia menjadi orang yang paling berbahaya dan paling sedikit manfaatnya, ke dua matanya tertidur tetapi hatinya berjaga."
2. Riwayat Imam Ahmad:
"Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya fardhakiyyah, yakni banyak dagingnya dan gemuk badannya. Ke dua tangannya panjang dan ke dua buah dadanya juga besar."
3. Riwayat Bukhari:
"..ternyata dia adalah seorang lelaki yang berbadan besar, merah kulitnya, berambut kerinting dan bermata sebelah."
4. Diriwayatkan oleh Abu Dawud:
"..sesungguhnya Dajjal adalah seorang yang rendah, hujung telapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata terhapus."
5. Hadis riwayat Muslim:
"Sesungguhnya Dajjal dalah seorang pemuda yang sangat kerinting rambutnya, matanya tersembul keluar, seolah-olah aku menganggapnya menyerupai Uzza bin Qatan (salah seorang sahabat di zaman baginda).."
6. Hadis Shih di riwayatkan oleh Ahmad dari Hisyam bin 'Amir:
"..sesungguhnya kepala Dajjal itu di belakang terlihat tebal dan berkelok-kelok.."
Dari apa yang dapat diambil dari hadis-hadis tersebut, ternyata Dajjal merupakan sorang manusia, dia dilahirkan oleh ibunya, setelah 30tahun perkahwinan kedua-dua orang tuanya. Sifat-sifatnya yang berambut kerinting, berbadan besar, mempunyai tumit dan telapak kaki.. merupakan sifat-sifat yang ada pada manusia biasa. Ternyata Dajjal bukanlah bermata satu di tengah-tengah seperti "alien".. hakikatnya dia dilahirkan cacat dan buta sebelah matanya.
Namun begitu, timbul pula persoalan mengapakah Rasulullah memberi AMARAN yang sangat keras bahwa fitnah Dajjal merupakan fitnah terbesar di muka bumi ini? Apakah dia fitnah Dajjal tersebut dan bagaimana kita hendak berhadapan dan dapat menghadapi segala fitnah tersebut? Mampukah kita? Sama-samalah kita cuba membuka minda untuk mengetahuinya di dalam beberapa tajuk lagi di dalam blog saya ini.
Seperti yang anda semua sedia maklum..segala kupasan dan inti tentang misteri Dajjal ini saya cedok dari buku.. karya Muhammad Nurani Maarif dan buku penulis terkenal Muhammad Isa Dawud..semoga kedua-duanya mendapat rahmat dari Allah SWT kerana mengorbankan banyak masa, tenaga, wang ringgit untuk mengkaji tentang Dajjal dan menyebarkan kebenaran pada umat Islam tentang manusia licik yang bertopengkan syaitan ini....
Pendedahan tentang fitnah-fitnah terbesar ini sememangnya amat sulit dan rumit difahami. Perlu kita cerna dengan keimanan dan hati yang terbuka. Kita akan dapat melihat "the dark side" yang mana, sesuatu cerita..sebuah lagenda.. peristiwa-peristiwa dan sebagainya yang pernah wujud dalam sejarah kehidupan manusia suatu ketika dulu ...HAKIKATNYA ianya merupakan manifestasi FITNAH DAJJAL!! Dajjal licik menipu manusia, dengan menutupi bumi dengan kepalsuan, dan menginjak setiap pelusuk bumi (kecuali Makkah dan Madinah) dengan maksud membawa kehinaan, kefasikan dan kelalaian kepada umat mausia.. Yang lebih menakutkan dia hadir seolah-olah sebagai penyelamat manusia yang sedang terumbang-ambing ditimpa kesusahan. Dia teramat mudah mengaburi mata manusia dengan cahaya kepalsuan yang dibawa di saat kemunculannya suatu ketika nanti.
Kerana itulah Dajjal disebut al-Masih (berbeza dengan nabi Isa AS yang disebut al-Masikh). Al-Masih untuk Dajjal bermaksud pelbagai, namun antaranya adalah:
1. "sesuatu yang berubah rupa" - Dajjal hebat dalam penyamaran..
2. "berwajah buruk"-bukan sahaja kerana matanya satu namun ianya juga menujukkan buruk yang bermaksud wajah yang penuh kegelapan dan jauh dari cahaya keimanan
3. "yang menghapus"-bermaksud mata kanannya terhapus (menutupi cahaya di dunia apath lagi cahaya kebenaran)
4. "meutupi"-ianya menutupi dunia dari kebenaran
5. "mengembara"-Riwayat Ahmad dalm al-Munsad: "..bila aku keluar (Dajjal) aku akan berjalan ke serata pelusuk bumi sehingga tiada satu kampung pun tidak aku datangi (kecuali makkah dan madinah).."
Jadi, wahai sahabat.. marilah kita mula menjejak segala penipuan ini, setelah kita sama-sama membersihkan pemikiran kita. Saya sedar, tidak semudah itu untuk mengubah dunia dalam sekelip mata.. malahan Dajjal sendiri pun merancang fitnahnya sejak dari zaman Nabi Musa AS lagi sehingga ke hari ini.. Namun begitu, sekurang-kurangnya kita mula sedar dan semoga belum terlambat lagi untuk kita mengubah sejarah keluarga dan ank cucu kita, agar tidak terjebak dengan fitnah yang dahsyat ini. Semoga tidak punah tauhid dan aqidah keturunan kita terhadap Allah Yang Maha Esa. Dialah Pemilik Tiap Sesuatu..Dialah Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui.. Semoga keturunan kita tidak termasuk dalam golongan yang akan dipandang hina dan dahsyat di Mahsyar kelak, yang mana sehinggakan Rasulullah sendiri tidak mengaku kita sebagaiumatnya.. Nauzubillah..

MENGAPA DAJJAL?




Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam yang memberi nikmat yang tidak terhingga.. terutama nikmat iman dan islam yang kita kecapi..saat dan ketika ini..sesungguhnya tiada daya kuasa yang telah, sedang dan akan berlaku melainkan dengan ketentuan dariNya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda yang taat dan patuh dengan ajaran2 yang disampaikan baginda dan sanggup berjuang demi Islam hingga ke titisan darah yang terakhir. Sesungguhnya keredhaan Allah SWT itu meliputi mereka semua. Amiin..

Siapa Dajjal? Dan mengapa topik sebegini yang saya pilih? Hakikatnya, saya bukanlah sesiapa dan ilmu agama tidaklah setinggi mana..memang terlalu banyak kekurangan dalam diri ini..saya juga bukanlah penulis termahsyur apatah lagi tidak pernah pun dinobatkan sebagai penulis professional.. Namun begitu, entah mengapa sejak mula membaca buku2 berkisarkan tentang Dajjal dan Imam Mahdi, hati ini telah terbuka untuk menulis di blog ini.

Jujur saya katakan, segala penulisan saya ini banyak ditiru, diadaptasi dan ada yang bulat-bulat saya ambil (copy n paste) dari buku termahsyur "MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL" karya Muhammad Nurani Maarif dan "DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA" karya Muhammad Isa Dawud. Ternyata pembongkaran misteri Dajjal sangatlah luar biasa dan TAHNIAH saya ucapkan buat saudara Muhammad Nurani Maarif kerana hasil kajian yang menakjubkan dan ianya merupakan satu peringatan buat kita khasnya dan seluruh umat Islam amnya.. Tidak keterlaluan saya kira, adalah lebih baik anda sendiri mendapatkan buku karya Muhammad Nurani Maarif ini kerana selain isi kandungannya yang sangat baik, buku ini juga menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami terutama bagi "orang-orang " biasa seperti saya.

Kita kembali semula dengan persoalan MENGAPA DAJJAL? Apa motifnya tajuk ini yang saya pilih? Mengikut kata-kata Muhammad Nurani Maarif, beliau sering ditanya mengapa topik Dajjal ini yang menjadi keutamaan untuk ditulis dan dijadikan sebuah buku? Maka jawapannya..

"Saya sebenarnya turut rimas dengan keadaan ini, sehinggalah saya menemui sebuah buku yang di dalamnya tertulis kenyataan ini:

"Jika berita tentang Dajjal telah disampaikan melalui sumber mutawatir yang mahsyur dan bahawa salah satu tanda2 datangnya kiamat, maka merupakan suatu KEWAJIPAN bagi kita untuk menjelaskan masalah ini kepada manusia terutama kepada keluarga dan kerabat kita. As-Safarini Al-Hanbali berkata: "Merupakan suatu keharusan bagi orang alim untuk menyebarluaskan hadis tentang Dajjal diantara anak2, wanita dan lelaki."

"Imam Ibnu Majah berkata: "Aku mendengar Ath-Thanafsi berkata : "Aku mendengar Al-Muharibi-salah seorang ahli hadis berkata:"Merupakan suatu yang patut untuk dilakukan menyerahkan hadis tentang Dajjal ini kepada para pendidik sehingga mereka mengajarkannya kepada anak-anak di sekolah-sekolah."
Malahan Rasulullah SAW telah bersaba:
"Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam, yang melebihi fitnah Dajjal. Dan bahawasnya tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah yang tidak mengingatkan umatnya tentang Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir dan kamu dalah umat yang paliang akhir. Ingatlah tiak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti datang di kalangan kamu.."
Sabda baginda yang lain (Hadis Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu Umar RA):
"Rasulullah berdiri di hadapan orang ramai lalu memuji dan menyanjungi Allah sebagaimana biasa. Kemudian baginda menyebut-nyebut mengenai Dajjal, "Sungguh aku mengingatkan kamu semua agar berhati-hati terhadap Dajjal. Setiap nabi pasti akan mengingatkan kaumnya. Nabi Nuh AS telah mengingatkan kaumnya, akan tetapi akan aku beritahu kepada kamu semua tentang Dajjal yang belum pernah diberitahukan oleh seorang nabi pun kepada kaumnya. Kamu semua harus tahu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan bahawa Allah tidak buta sebelah mataNya."

Ya! Dajjal merupakan FITNAH TERBESAR di muka bumi ini. Munculnya menyebabkan kekucar-kaciran dunia. Kebimbangan Rasulullah SAW bukan sekadar atas keselamatan umatnya tetapi yang lebih penting adalah AQIDAH umatnya, kerana Dajjal akan zahir ke dunia dengan mengaku dia adalah Tuhan! Kerana itulah baginda bersabad".. bahawa Allah tidak buta sebelah mataNya." Ketahuilah bahawa Nabi bersifat amanah dan baginda menyampaikan berita yang didengarinya tanpa menokok tambah dan baginda menggunakan bahasa yang mudah, terang serta jelas untuk kita fahami bahawa Dajjal itu wujud dan kedatangannya adalah pasti!! (dengan keizinan Allah SWT)
Umat Islam perlu maklum akan masalah ini bahawa fitnah Dajjal adalah suatu hakikat yang perlu diterima. Umat Islam, pemimpin-pemimpin Islam, gerakan-gerakan dakwah dan seumpamanya perlu mengambil tahu tentang kewujudan Dajjal dan fitnah-fitnahnya.. Ini berkait dan sejajar dengan pesanan Rasulullah SAW: Bahawa kita sedang menghdapi fitnah yang PALING dahsyat yang disusun, direncana dan digerakkan dalam satu gelombang yang SUKAR difahami dan dikesan.
Maka samA-samalah kita berwaspada serta menyiapkan diri kita dalam menghAdapi Dajjal yang akan muncul dengan fitnah akhir yang terbesar iaitu dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan! Walaupun kita sedar ianya bukan semudah itu untuk berhadapan dengan fitnah tersebut.. namun kita tetap perlu mengmbil tahu siapa Dajjal dan apakah fitnah-fitnahnya sehingga membawa umat manusia menuju ke lembah kehancuran dan kehinaan.
Semoga kita, kaum keluarga kita, anak-anak kita, keturunan-keturunan kita yang akan datang ..termasuk di dalam golongan orang-orang yang kuat aqidah dan tauhidnya dan bukan shaja dijauhi malahan dapat menepis fitnah-fitnah Dajjal Laknatullah..
Amiin Ya Rabb..